Kelebihan dan Kebaikan Zinc

Kelebihan dan Kebaikan Zinc Complex

Zinc merupakan salah satu mineral yang perlu ada di dalam setiap sel tubuh. Ia meransang tindakan 100 jenis enzim, iaitu bahan2 yang menggalakkan semua reaksi bahan kimia di dalam tubuh. Otot dan tulang mengandungi paling banyak zinc di dalam tubuh manusia (90%). Kepekatan zinc tertinggi adalah terkandung di dalam kelenjar prostat dan air mani.

zinc 4

Zinc Complex Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Fungsi dan kebaikan Zinc

Secara umumnya, zinc adalah penting untuk :-

1- Pertumbuhan dan pembahagian sel

Zinc amat penting terutama sekali semasa kehamilan kerana sel2 fetus yang sedang membesar membahagi dengan pantas. Zinc juga membantu untuk mengelakkan kecacatan kongenital dan kelahiran pramatang.  Selain itu, ia juga penting dalam mengaktifkan pertumbuhan – tinggi, berat dan pembinaan tulang – pada bayi, kanak2 dan golongan remaja.

2- Kesuburan (fertility)

zinc 1

Bagi lelaki, zinc melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan  dan seterusnya daripada pembesaran.  Zinc membantu mengawal bilangan sperma dan mobilitinya, dan menormalkan paras serum testosteron. Bagi wanita pula, zinc dapat membantu memperbaiki masalah haid dan melegakan sistem berkaitan PMS.

3- Sistem daya tahan penyakit

Antara banyak2 vitamin dan mineral, zinc menunjukkan kesan yang paling kuat pada sistem daya tahan penyakit. Ia memainkan peranan penting dalam T-cells. Paras zinc yang rendah membawa kepada pengurangan dan melemahkan T-cells, yang kemudiannya tidak berupaya mengenal dan melawan sesetengah jangkitan. Peningkatan paras zinc dalam badan terbukti efektif dalam melawan pneumonia, cirit-birit dan jangkitan-jangkitan lain. Zinc juga dapat memendekkan tempoh dan mengurangkan demam yang teruk.

4- Deria rasa, deria bau dan selera

Zinc mengaktifkan bahagian di dalam otak yang menerima dam memproses maklumat daripada deria rasa dan deria bau. Paras zinc di dalam plasma dan kesan zinc kepada nutrien yang lain, seperti tembaga dan mangan, mempengaruhi selera dan pemilihan rasa. Ia juga digunakan dalam merawat anoreksia.

5- kulit, rambut dan kuku

zinc mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Krim zinc digunakan untuk melegakan ruam lampin pada bayi dan untuk menyembuhkan luka. Zinc telah dibuktikan dapat merawat acne dengan efektif, dan zinc juga dikatakan memberi kesan positif ke atas psoriasis dan neurodermitis.

Zinc juga digunakan sebagai ejen anti-radang yang dapat membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam kes-kes seperti kulit terselar (sunburn), kelepuhan (blisters) dan sesetengah penyakit gusi.

Zinc penting untuk rambut yang sihat. Paras zinc yang tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan rambut gugur, rambut nipis, tidak bermaya dan beruban awal. Syampu yang mengandungi zinc boleh mengelakkan kelemumur.

zinc 2

6- Penglihatan

mata cantik menawan

Retina mata juga mengandungi kepekatan zinc yang tinggi. Apabila umur meningkat, zinc retina yang semakin berkurang mungkin menyebabkan pembentukan age-related macular degeneration (AMD), yang akan membawa kepada kehilangan penglihatan sebahagian atau pun sepenuhnya. Zinc mungkin juga melindungi mata daripada night blindness dan menghalang katarak.

Perbezaan Shaklee Zinc Complex

zinc 3

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.

Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh badan.

Tidak mengandungi pewarna, perisa atau pemanis tiruan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultansi percuma. Tidak tinggal berdekatan dengan saya? Jangan risau, Shaklee menyediakan perkhidmatan untuk pos produk idaman anda. 🙂

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

KLIK: PENAPIS AIR TERBAIK DAN MURAH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s