Pengasas produk perlu lebih peka.

Salah satu produk terbaru (sejenis tablet) yang berkhasiat bertujuan untuk memutihkan kulit wajah, menjadikan wajah mulus, cantik dan berseri-seri semakin mendapat sambutan hangat di pasaran. Ramai yang teruja ingin mencubanya. Siapa yang tak mahu kulit cerah dalam masa 1 minggu kan? Namun di sini ada beberapa teguran yang mungkin boleh dibaiki.

Tujuan saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan, apatah lagi pengasasnya berbangsa Melayu. Bagi yang peka, mungkin akan keliru lantas kurang yakin dengan produk tersebut.

1- Kesalahan ejaan Glutathione. Salah satu kandungan yang terdapat di dalam produk ini adalah Glutathione, tetapi dieja dengan ejaan Glutahione.

m2

Gambar 1

2- Vitamin apa yang terkandung di dalamnya? Merujuk pada gambar di atas juga, Vitamin 1000mg tetapi tidak dinyatakan apakah vitamin tersebut. Saya pasti ianya Vitamin C, namun mungkin ada juga yang beranggapan ianya Vitamin B ataupun Multivitamin.

3- Masih merujuk kepada gambar 1, mungkin dah terbiasa dengan Strawberry ataupun Blueberry, Maqui berry (Aristotelia chilensis) dieja dengan ejaan Maquiberry.

4- Mungkin ada yang rasa tertipu. 1 botol produk ini mengandungi 30 tablet untuk kegunaan sebulan. Cara pengambilannya adalah 2 tablet sehari, pagi dan malam selepas makan. Maknanya, 30 tablet hanya bertahan selama 15 hari (setengah bulan). Rujuk gambar 2 & 3.

m1

Gambar 2

m3

Gambar 3

Dengan ini saya berharap perubahan dapat dilakukan. Mutu sesuatu produk tidak hanya terletak pada kualiti produknya malahan pada label kotaknya juga. Syarikat yang gah di mata saya (malahan rakyat Malaysia) dan pengasas yang ternama (malahan cantik bergaya) harus meneliti seluruh aspek setiap produk sebelum dipasarkan.

Akhirnya… saya memohon ampun dan maaf andai ada menyinggung perasaan sesiapa. 🙂

#Jangan kecam saya

lemon_yellow

b.complex

Manfaat B.complex Untuk Ibu Menyusu

Setiap insan yang bergelar wanita pasti ingin kelihatan cantik, sihat dan bergaya. Setuju tak? Hakikat yang ramai tidak tahu bahawa wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, terutamanya B Complex. Tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun suri rumah sepenuh masa.

b.complex

Mengapa B complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik? Jom baca fakta-fakta ini untuk kita tahu lebih mendalam mengenai kebaikan vitamin B.complex ini.

Antaranya :-

  1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Apabila ini berlaku, sel-sel tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.
  2. Vitamin B membantu sebagai penenang. Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang disebabkan oleh banyak faktor, antaranya urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.
  3. Vitamin B adalah “spark plug ” dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

b-complex-shaklee-

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension

kepentingan B complex:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

  1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
  2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
  3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.
  4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex.Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
  5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
  6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.
  7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B complex dalam set tu tau.

set-menyusu

Lain-lain yang menarik:

Ingat…. dapatkan yang terbaik untuk diri anda dan bayi…. Pilihlah yang berasaskan sumber alam semulajadi.

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

stress

Amalan Hidup Sihat

Tips amalan hidup sihat.
Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami penyakit-penyakit kronik.. Tetapi cuba anda teliti, adakah anda mempunyai masalah-masalah berikut?
  • kurang tenaga/letih/lesu/penat,
  • berat bdn berlebihan,
  • selalu pening,
  • gusi berdarah,
  • mudah calar
  • mengantuk,
  • gugup,
  • selsema,
  • selalu mengambil ubat tahan sakit,
  • nafas berbau,
  • sakit2 sengal badan,
  • sakit bahu,
  • sembelit,
  • rambut gugur,

Semua itu adalah tanda-tanda biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat. Jika dibiarkan berlarutan tak musthil ia membawa kepada penyakit kronik, yang masa ketika itu.. anda perlu bergantung pada ubat-ubatan.

stress

Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegahnya?. Mari ikuti tips-tips di bawah ni..

  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein dan rokok.
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan diproses seperti fastfood… kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat dan zat makanan tersebut.
  • Makan lebih sayur dan buah.. makan protin dari sumber rendah lemak
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C, dan B Complex..

set basic

Apakah vitamin pilihan saya? Semestinya saya dah memilih vitamin jenama Shaklee. Ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting adalah ianya vitamin semulajadi, bermaksud badan mudah menyerap berbanding vitamin sintetik / kimia..

 

Salam sayang dari:

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Tips Mudah Kempiskan Perut Lepas Bersalin

Tips Mudah Kempiskan Perut Lepas Bersalin.

20 hot tips utk kempiskan perut lepas bersalin…

  1. Ketiga2 bahan ini dikisar dan diperah airnya utk diminum .. Amalkan 2x sehari.. InsyaAllah badan beransur langsing dan menarik
  • Dua biji lobak merah dipotong
  • Sebiji mentimun segar,
  • Sebiji limau nipis,
  1. Minum air suam & tak minum minuman sejuk. kepentingan minum air
  2. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.
  3. Minum jus pegaga tiap2 pagi.
  4. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) —> selepas kembali bekerja.
  5. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir, maka boleh buat sits up sebanyak 50 – 100x waktu pagi2.
  6. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan.
  7. Bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
  8. Makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula…. sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu… sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)… jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup…. yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu… so ok la kan… 2 dalam 1….
  9. Kurangkan minum berselang seli dengan makan, kalau minum pastikan minum air suam atau air kosong, minum sikit2 sebab nanti lemak makanan susah hadam. Selepas 30 minit baru minum byk.
  10. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
  11. BELLY DANCING. Sambil senaman boleh menghiburkan hati. Buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower.
  12. Nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda. Sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu.. lepas tu angkat kan baby tu pakai kaki, buat selalu confirm perut boleh flat… and enjoy…kurus lepas beranak
  13. Untuk perut bahagian atas:- baring atas katil, bengkokkan lutut , lepastu angkat kepala dan badan selari / serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8.. Ulang 8 kali 1 sesi . Untuk perut bahagian bawah (area rahim)- ni yang paling susah lemaknya nak dibuang… baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas (badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)… Ulang 10-20 kali satu sesi.. Buat setiap hari sebelum tidur.. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal… Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut / mengeleber / berlipat…
  14. Jangan mandi lepas mkn. Nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efektif.
  15. Bagun pagi perkara yang boleh buat ialah minum air kosong.
  16. Kunyah perlahan-lahan. Jadi badan tak penat nak proses makanan yg besar-besar.
  17. Pastikan makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur.
  18. Senaman. Tak kira la apa2 pun.. boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah.. pun dikira exercise juga… sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla.. bla.. bla.. banyak kan kerja kat rumah.. kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gymkurus lepas bersalin
  19. Breastfeed baby…

Selamat mencubaaaa…

Lain2:

Salam sayang dari:

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Resepi Bancuh ESP

Variasi resepi bancuh ESP

ESP antara terlaris Shaklee…. Mereka yang dah rasa kehebatannya semestinya faham ape yang dibicarakan disini…. ESP?? … ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein..

Saya nak share cara2 bancuh ESP… Terutamanya kepada mereka yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah.. Asyik bancuh dengan susu jerrr. .. Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resepi-resepi di bawah.. ikut tekak, tanya selera.
kebaikan esp Shaklee

  • ESP + plain water (suam/sejuk)

  • ESP + Fresh Milk

  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu. selepas beberapa jam blend / shake it and mix with 1 sudu ESP… boleh add on almond or fruits, bukan sahaja bertenaga.. malahan boost milk production dan energized)

  • ESP + susu tepung (any brand)

  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

  • ESP + Nesvita 3in1

  • ESP + jus twister tropicana

  • ESP + Yogurt drink

  • ESP + Ribena

  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)

  • ESP + Milo/Horlicks

  • ESP + sirap bandung

  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

  • ………. ada sape2 nak tambah..? silakan…

resepi esp shaklee

ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer… ia sesuai utk seisi keluarga:
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik

Maklumat lanjut mengenai ESP boleh klik: Kebaikan ESP

Shaklee Simpang AmpatYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 995160 ]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Punca Susu Merudum

Punca susu badan sedikit

Majoriti besar ibu yang menyusu anak akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster apabila susu merudum. Risau dan berfikir nak makan apa untuk banyakkan susu. Situasi normal lah tu kan….

susu badan kurang

Rata2 ingin membeli supplemen kerana sedang mengalami susu merudum…. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu kurang.. kerana bila ibu makan milk booster dan susu still down..  sure stress.. lagi tension.. kan kan?.. Jadi.. jom kita semak punca2 susu kurang atau takde langsung:

  • Stress (ini semua org mengalaminya.. baik ibu yg bekerjaya atau yang bekerja di rumah 24jam…)
  • Teknik penyusuan yang salah.. contoh aerola tu tak lekap habis ke mulut bayi.. baby dok hisap puting je…
  • Kurang pam.. atau dalam maksud yang lain tidak cukup rangsangan daripada bayi. ni apply kepada ibu2 yang bekerja…. sepanjang siang tak jumpa baby… sepatutnye kene rajin pam.. ni skip sesi pam / pam atau pam kuang dari 6 kali sehari…. untuk ibu2 yang kat rumah.. kene sentiasa kasi direct breastfeed bila bersama dengan anak..
  • Tidak cukup rehat… terlalu penat yang melampau
  • masalah hormon dan kesihatan
  • penggunaan pil perancang (pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan.. sedangkan ibu2 memerlukan vitamin B utk produce susu)
  • Pengambilan pil antibiotik
  • Teknik pam yang salah / pam tak cekap…
  • Pemakanan yang tidak seimbang… suka makan fast food.. bla bla bla…

susu badan merudum

Ini antara sebahagian punca2 susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang.. barula kita cari jalan penyelesaian… kerana saya nak anda tahu alfalfa (also act as milk booster) bukan semata2 jalan penyelesaian kepada susu merudum… Saya nak ibu2 semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pum yang konsisten…  goodluck to all mothers out there…

KLIK: VITAMIN UNTUK TAMBAH SUSU BADAN

Shaklee Simpang AmpatYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Bahaya Vitamin Sintetik

Vitamin sintetik bahaya? Entri kali ini anda mendapat jawapan tentang permasalahan kenapa vitamin natural lagi bagus berbanding vitamin sintetik…

110_synthetic_vitamins

Kenapa semulajadi/natural?

  1. Enzim tidak mengalami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.

  2. Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.

  3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semujadi yang berkualiti.

  4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.

  5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik..

  6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.

 synthetic-vs-natural-vitamins (1)

Kenapa perlu elakkan sintetik?

  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.

  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.

  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik.

Bagaimana cara membezakan SEMULAJADI dan SINTETIK?

  1. Melalui pembacaan label -huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi.

  2. Melalui perkataan”ko-faktor” seperti “bioflavinoids” atau “biogradable”,

  3. Melalui kehadiran pek “silika gel” dalam bekas- menandakan ianya sintetik.

  4. Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care

synthetic-vs-natural-vitamins

Bagaimana pula dengan Shaklee? Semestinya Shaklee unik.. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita semua… 🙂

Shaklee Simpang AmpatYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

 

KLIK: Kenapa Kita Perlukan Supplement?

KLIK: Perbezaan Shaklee