Bercuti Di Sabah 2017

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian pengalaman kami bercuti di Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau, Sabah dari 21 Februari 2017-2018.

1- Flight

Kami memilih untuk menaiki Malindo Air dari Pulau Pinang. Perlu transit di KLIA1 selama 2 jam sahaja.

Jpeg

Kelas ekonomi je pun..

Jpeg

Baru bangun tidur..

img20170221204320

Hidangan dalam flight

2- Kereta sewa

Sememangnya saya suka buat kerja last minute, berurusan untuk sewa kereta pun dilakukan sehari sebelum ke Sabah. Servis memang tip top, sejam sebelum tiba di Kota Kinabalu Air Port (KKIA), dah ada staf menunggu untuk serah kunci dan kereta.

Kami memilih kereta Myvi sebab hanya berdua saja, tapi kami dapat Avanza tanpa bayaran tambahan sebab Myvi yang kami nak sewa tu belum dipulangkan. Rezeki kami.. 🙂

Ini nombor telefon abang tersebut jika ingin menyewa kereta di KK ya.

Nama: (Maaf, saya tak tanya namanya, dia pun tak tanya nama saya. Saya panggil ‘encik’ saja. Nama Syarikat adalah Anugerah Holiday.

Nombor Telefon: 016-3751978

Nombor Whatsapp: 012-9600702

Jpeg

Kondisi kereta sangat baik.

3- Hotel

Kami membuat keputusan untuk tidak tidur di Kundasang. Jadinya kami tidur di KK saya. Pilihan kami adalah Tune Hotel, tidaklah betul2 di tengah Bandaraya KK, ianya di 1Borneo. 20 minit dari KKIA dengan pemanduan 60KM/J. Tempat orang, kereta orang, so jangan buat macam kita punya ya. hehe… Harga 1 malam hanyalah RM60. Tempah tak lah awal sangat, 4 hari sebelum.

Biliknya selesa, mengadap jalan raya. Setiap kali tukar tuala, akan dapat bag baru, syampu dan sabun juga terisi di dalamnya. Makanya tukarlah hari-hari. Amatlah penting bagi kami memilih bilik yang disediakan pengering rambut untuk menjimatkan masa bersiap. 😛

Jika anda ingin tidur di Kundasang 1 malam, dan sampai awal di KK, lebih baik anda ke sana terus.

img20170221235707

Penghawa dingin ada, kipas siling pun ada. Tak paham.

img20170221235535

Tandas. (kot la ada sapa2 yang tak kenal)

img20170221235543

Pengering rambut. (ha..ha..)

-TAMAT EPISOD 1-

BERSAMBUNG……

Advertisements
shaklee parit buntar

#4: Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction)

Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction)

Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, Pg 1)

Pendekatan yang diambil untuk mengurangkan kemudaratan adalah:

A) NSEP (Needle Syringe Exchange Program)

Program Pertukaran Jarum Suntikan ini mengurangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan peyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan Pengguna Dadah Suntikan.

shaklee parit buntar

B) MMT (Methadone Maintenance Therapy)

MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti menyuntik dadah.

Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan?

  1. Pegguna tidak rasa high bila menggunakannya .
  2. Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah
  3. Mengurangkan gian untuk menyuntik
  4. Memberikan peluang kepada IDU (intravenous drug user) untuk pulih dan kembali bekerja

shaklee bukit mertajam

C) Pemberian Kondom

Pemberian kondom secara percuma kepada penagih dadah tegar bagi mengurangkan penularan jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis B & C.

shaklee simpang ampat

Lain-lain maklumat mengenai Harm reduction

APA ITU ‘HARM REDUCTION?

PENGURANGAN MUDARAT bermaksud mengurangkan kemudaratan yang akan berlaku akibat pengambilan dadah, seperti;

  • jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis B & C
  • “drug overdose”
  • masalah perubatan dan psiko-sosial
  • penglibatan dalam aktiviti jenayah dan anti-sosial yang lain.

KOMPONEN DALAM. ‘HARM REDUCTION’

  • Pendidikan kesihatan bersemuka tentang penyakit serta kaedah mengurangkan risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan penyakit kelamin (STI).
  • Kaunseling berkaitan aspek penagihan, psikologi, kerohanian, latihan kemahiran hidup dan perubahan tingkahlaku.
  • Ujian saringan HIV, STD dan Tuberkulosis (TB)
  • Rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan
  • Rujukan yang sesuai untuk tindakan susulan
  • Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (Needle & Syringe Exchange Program, NSEP)
  • Program Rawatan Gantian Dadah, contohnya program methadone
  • Penggunaan kondom bagi tujuan seks selamat.

KENAPA PERLUNYA ‘HARM REDUCTION’?

  • Menjelang tahun 2015, diunjurkan seramai 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti HIV sekiranya TIADA program pencegahan efektif dilaksanakan.
  • “Harm Reduction” merupakan program khusus untuk mencegah dan mengawal penularan HIV di kalangan penagih dadah tegar dan juga kepada pasangan seks mereka.
  • Penagih dadah HIV positif boleh menularkan HIV kepada isteri dan seterusnya kepada anak dalam kandungan. Dengan ini, berlakulah penularan HIV/ AIDS ke dalam keluarga dan masyarakat umum.
  • Program “Harm Reduction” akan memberi ruang dan peluang kepada penagih-penagih dadah untuk mendapatkan rawatan serta penjagaan berkaitan HIV/AIDS .
  • Banyak kajian menunjukkan bahawa “Harm Reduction” telah terbukti berkesan dan kosefektif di banyak negara dalam mengurangkan kes HIV, di samping tidak menambah kes penagih dadah baru atau jumlah suntikan yang diambil.

KONSEP PROGRAM PERTUKARAN JARUM dan ALAT SUNTIKAN (NSEP)

  • Program Pertukaran (bukan pemberian semata-mata) Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) yang akan dilaksanakan oleh negara nanti adalah;

– sasaran kepada penagih dadah suntikan yang tegar

– dilaksanakan di peringkat komuniti, di luar Pusat Serenti

– dijalankan melalui kaedah “outreach” oleh NGO.

  • Program ini bukan hanya tertumpu kepada aktiviti memberi dan menukar jarum/alat suntikan sahaja, tetapi ianya menyediakan “ruang kemasukan” (entry point) bagi lain-lain komponen yang lebih menyeluruh.
  • Tujuan utama program adalah untuk memastikan:

– Penagih dadah dari jenis suntikan mempunyai jarum dan alat suntikan mereka sendiri dan tidak berkongsi dengan orang lain.

– Kuantiti jarum dan alat suntikan yang telah digunakan dan tercemar akan berkurangan.

– Peralatan suntikan yang telah digunakan akan dilupuskan secara sistematik dan selamat.

ISU BERKAITAN (FAQ)

  1. Adakah program “Harm Reduction” ini satu-satunya langkah baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah penularan HIV/AIDS dikalangan penagih dadah? 

Ya. Program “Harm Reduction” ini merupakan program yang baru dan khusus untuk mencegah dan mengawal penularan HIV di kalangan penagih dadah dan juga pasangan seks mereka. Program-program pendidikan mengenai bahaya dadah, program pemulihan dadah di Pusat-Pusat Serenti, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya masih diteruskan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

  1. Adakah program “Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan Percuma” kepada penagih dadah akan meningkatkan jumlah penagih dadah di negara ini?

Tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa tiada bukti kukuh yang boleh menunjukkan bahawa program ini akan menambahkan bilangan penagih dadah baru atau jumlah suntikan yang diambil. Malah maklumat menunjukkan bahawa lebih ramai penagih dadah akan tampil mendapatkan rawatan lanjut sekiranya program ini disertakan dengan aktiviti rawatan dan rujukan yang sesuai untuk mereka.

  1. Adakah program “Harm Reduction” ini akan membazirkan wang kerajaan iaitu wang rakyat?

Tidak. Walaupun Kerajaaan menganggarkan kos bagi melaksanakan program ini akan menelan belanja yang besar, tetapi kos ini hanya satu pertiga (1/3) daripada keseluruhan kos untuk rawatan kepada pengidap HIV/AIDS yang baru dijangkiti jika program “harm reduction” ini tidak dilaksanakan.

sumber:http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/A/pdf/40_Harm%20Reduction_BM.pdf

shaklee

shaklee bukit mertajam

#3: Cara Pemakaian Kondom Lelaki Yang Betul

Cara Pemakaian Kondom Yang Betul Untuk Lelaki

shaklee bukit mertajam

Perkara-perkara penting mengenai pemakaian kondom :

  • Pastikan tarikh luput belum tamat tempoh. Buka bungkusan kondom dengan berhati-hati. Gigi, kuku atau benda tajam boleh merosakkan kondom.
  • Apabila kondom telah dikeluarkan dari paket, perhatikan arah gulungan berada di luar (which way it unrolls).
  • Mulakan pemakaian kondom sebaik sahaja zakar anda tegang sepenuhnya. Jika anda tidak disunat (circumcised), tarik kulup (foreskin) ke belakang.

shaklee simpang ampat

  • Pegang hujung kondom antara jari telunjuk dan ibu jari anda untuk memastikan ia diletakkan di kedudukan yang betul, dan tiada udara terperangkap di dalamnya.
  • Tinggalkan lebih kurang ½ inchi ruang di hujung kondom. Ini untuk menampung semen, jadi kondom tidak akan pecah.
  • Pegang kondom di kepala zakar, gunakan tangan sebelah lagi untuk menarik kondom ke pangkal zakar.
  • Selepas ejakulasi, semasa zakar masih tegang, pegang kondom di pangkal zakar dan keluarkan zakar dari tubuh pasangan anda secara berhati-hati.
  • Pastikan zakar anda jauh dari tubuh pasangan anda. Tanggalkan kondom dengan berhati-hati agar tiada lelehan semen. (untuk mereka yang ingin merancang kehamilan atau mencegah jangkitan dari hubungan seks).
  • Jangan buang kondom dalam lubang tandas. Kondom tidak mudah mereput. Balutkan dengan tisu dan buang dalam tong sampah.

shaklee parit buntar

KLIK: Soalan & Jawapan Berkaitan HIV

#2: SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN HIV

SOALAN DAN JAWAPAN BERKAITAN HIV

1- Apa itu HIV?

Singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus. HIV menyerang sistem pertahan badan manusia dan memdedahkan seseorang kepada AIDS.

2- Apa itu AIDS?

Singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome. AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

shaklee parit buntar3- Dari mana datangnya HIV?

Kita tidak tahu. Ahli-ahli sains mempunyai teori yang berbeza tentang asal-usul HIV tetapi tiada satu pun yang dapat dibuktikan. Kes paling awal diketahui HIV adalah dari sampel darah yang diambil pada tahun 1959 dari seorang lelaki di Kinshasha, Republik Congo tetapi dari mana beliau dijangkiti tidak diketahui.

4- Berapa lama HIV menyebabkan AIDS?

Sejak tahun 1992, para saintis telah menganggarkan bahawa kira-kira 10-15 tahun selepas dijangkiti HIV tetapi ianya bergantung kepada banyak faktor seperti status kesihatan, cara hidup dan kepatuhan pengambilan ubatan.

5- Bagaimana saya boleh tahu jika saya dijangkiti HIV? Apakah tanda-tandanya?

Satu-satunya cara untuk menentukan dengan pasti sama ada anda dijangkiti adalah dengan menjalani ujian antigen / antibodi HIV. Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila sistem imun merosot, akan muncul gejala-gejala penyakit seperti jangkitan opportunistik seperti demam, cirit-birit, kurang selera makan dan kehilangan berat badan.

Shaklee simpang ampat

6- Saya telah membaca di Internet beberapa cerita tentang orang-orang tercucuk jarum di kerusi pawagam, dan tempat-tempat lain. Adakah cerita-cerita ini benar?

Khabar angin ini tidak mempunyai dasar fakta. Untuk berlakunya jangkitan HIV melalui cara ini, pada jarum tersebut haruslah terdapat darah yang mengandungi virus dalam kadar yang tinggi. Jika seseorang tercucuk yang dijangkiti, risikonya hanyalah 0.4%. Sesiapa yang tercedera akibat jarum ditempat awam, perlu berjumpa dengan doktor dengan kadar segera dan kes perlu dilaporkan kepada jabatan kesihatan tempatan.

7- Bagaimana HIV dipindahkan?

Jangkitan Hiv boleh berlaku apabila darah, air mani (termasuk pre-cum), cecair vagina atau susu ibu dari orang yang dijangkiti memasuki badan seseorang. Hiv boleh memasuki badan melalui salur darah (seperti berkongsi jarum suntikan), dubur, vagina, zakar, mulut, membran mukus dan luka.

shaklee bukit mertajam

8- Adakah penggunaan kondom lateks berkesan?

Kajian menunjukkan bahawa kondom lateks sangat berkesan dalam mencegah jangkitan HIV apabila digunakan dengan betul dan konsisten. Kajian juga menunjukkan bahawa walaupun kerap melakukan hubungan seksual, 98-99.9% daripada mereka menggunakan kondom lateks dengan betul dan konsisten tidak dijangkiti.

shaklee parit buntar

9- Apakah hubungan HIV dengan jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI)?

Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.

10- Mengapa menyuntik dadah berisiko untuk mendapat HIV?

Pada permulaan suntikan intravena, darah ditarik ke dalam jarum dan picagari. HIV boleh didapati di dalam darah orang yang dijangkiti virus. Perkongsian jarum suntikan membawa risiko yang tinggi mendapat jangkitan HIV kerana darah yang telah dijangkiti boleh disuntik terus ke dalam aliran darah pengguna jarum seterusnya.

11- Apakah cara jangkitan HIV?

Terdapat tiga cara utama iaitu:

-Seks tanpa menggunakan kondom dengan orang yang dijangkiti.

-Perkongsian alat suntikan yang melibatkan darah yang tercemar dengan HIV.

-Daripada ibu positif HIV (tanpa rawatan) yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan.

-Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tercemar dengan HIV.

shaklee simpang ampat

12- Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui?

-Gigitan nyamuk, serangga atau pun haiwan lain

-Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam

– Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun bersukan dengan mereka yang positif.

shaklee simpang ampat

SAYA PEDULI.!!

hiv1

Diolah dari: http://www.foundcare.org/

Sumber dan kredit: http://akuhivpositif.blogspot.my/2015/02/apa-itu-hiv-aids.html

hiv/aids

#1: Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS

Kursus Pengkhususan iaitu Kursus Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi AIDS yang memutuskan supaya satu kursus pos basik Kaunseling bagi pesakit HIV/AIDS di adakan untuk Paramedik.

hiv/aids

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran paramedik yang terlibat dalam kaunseling HIV/AIDS bagi membantu meningkatkan kualiti hidup serta kebajikan individu dan keluarga pesakit AIDS.

Kursus ini dijalankan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg Buloh dan jangkamasa kursus ialah 6 bulan.

KSKBAntara syarat2 untuk memohon Pos Basik ini ialah :

  1. Bebas dari tindakan tatatertib
  2. Sah dalam perkhidmatan
  3. Telah berada di unit yang berkenaan lebih dari 6 bulan
  4. Dilepaskan oleh ketua jabatan