Bercuti Di Sabah 2017

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian pengalaman kami bercuti di Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau, Sabah dari 21 Februari 2017-2018.

1- Flight

Kami memilih untuk menaiki Malindo Air dari Pulau Pinang. Perlu transit di KLIA1 selama 2 jam sahaja.

Jpeg

Kelas ekonomi je pun..

Jpeg

Baru bangun tidur..

img20170221204320

Hidangan dalam flight

2- Kereta sewa

Sememangnya saya suka buat kerja last minute, berurusan untuk sewa kereta pun dilakukan sehari sebelum ke Sabah. Servis memang tip top, sejam sebelum tiba di Kota Kinabalu Air Port (KKIA), dah ada staf menunggu untuk serah kunci dan kereta.

Kami memilih kereta Myvi sebab hanya berdua saja, tapi kami dapat Avanza tanpa bayaran tambahan sebab Myvi yang kami nak sewa tu belum dipulangkan. Rezeki kami.. 🙂

Ini nombor telefon abang tersebut jika ingin menyewa kereta di KK ya.

Nama: (Maaf, saya tak tanya namanya, dia pun tak tanya nama saya. Saya panggil ‘encik’ saja. Nama Syarikat adalah Anugerah Holiday.

Nombor Telefon: 016-3751978

Nombor Whatsapp: 012-9600702

Jpeg

Kondisi kereta sangat baik.

3- Hotel

Kami membuat keputusan untuk tidak tidur di Kundasang. Jadinya kami tidur di KK saya. Pilihan kami adalah Tune Hotel, tidaklah betul2 di tengah Bandaraya KK, ianya di 1Borneo. 20 minit dari KKIA dengan pemanduan 60KM/J. Tempat orang, kereta orang, so jangan buat macam kita punya ya. hehe… Harga 1 malam hanyalah RM60. Tempah tak lah awal sangat, 4 hari sebelum.

Biliknya selesa, mengadap jalan raya. Setiap kali tukar tuala, akan dapat bag baru, syampu dan sabun juga terisi di dalamnya. Makanya tukarlah hari-hari. Amatlah penting bagi kami memilih bilik yang disediakan pengering rambut untuk menjimatkan masa bersiap. 😛

Jika anda ingin tidur di Kundasang 1 malam, dan sampai awal di KK, lebih baik anda ke sana terus.

img20170221235707

Penghawa dingin ada, kipas siling pun ada. Tak paham.

img20170221235535

Tandas. (kot la ada sapa2 yang tak kenal)

img20170221235543

Pengering rambut. (ha..ha..)

-TAMAT EPISOD 1-

BERSAMBUNG……

Advertisements