Resepi Bancuh ESP

Variasi resepi bancuh ESP

ESP antara terlaris Shaklee…. Mereka yang dah rasa kehebatannya semestinya faham ape yang dibicarakan disini…. ESP?? … ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein..

Saya nak share cara2 bancuh ESP… Terutamanya kepada mereka yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah.. Asyik bancuh dengan susu jerrr. .. Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. kerana anda boleh cuba resepi-resepi di bawah.. ikut tekak, tanya selera.
kebaikan esp Shaklee

  • ESP + plain water (suam/sejuk)

  • ESP + Fresh Milk

  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu. selepas beberapa jam blend / shake it and mix with 1 sudu ESP… boleh add on almond or fruits, bukan sahaja bertenaga.. malahan boost milk production dan energized)

  • ESP + susu tepung (any brand)

  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

  • ESP + Nesvita 3in1

  • ESP + jus twister tropicana

  • ESP + Yogurt drink

  • ESP + Ribena

  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)

  • ESP + Milo/Horlicks

  • ESP + sirap bandung

  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

  • ………. ada sape2 nak tambah..? silakan…

resepi esp shaklee

ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer… ia sesuai utk seisi keluarga:
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik

Maklumat lanjut mengenai ESP boleh klik: Kebaikan ESP

Shaklee Simpang AmpatYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 995160 ]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Punca Susu Merudum

Punca susu badan sedikit

Majoriti besar ibu yang menyusu anak akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster apabila susu merudum. Risau dan berfikir nak makan apa untuk banyakkan susu. Situasi normal lah tu kan….

susu badan kurang

Rata2 ingin membeli supplemen kerana sedang mengalami susu merudum…. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu kurang.. kerana bila ibu makan milk booster dan susu still down..  sure stress.. lagi tension.. kan kan?.. Jadi.. jom kita semak punca2 susu kurang atau takde langsung:

  • Stress (ini semua org mengalaminya.. baik ibu yg bekerjaya atau yang bekerja di rumah 24jam…)
  • Teknik penyusuan yang salah.. contoh aerola tu tak lekap habis ke mulut bayi.. baby dok hisap puting je…
  • Kurang pam.. atau dalam maksud yang lain tidak cukup rangsangan daripada bayi. ni apply kepada ibu2 yang bekerja…. sepanjang siang tak jumpa baby… sepatutnye kene rajin pam.. ni skip sesi pam / pam atau pam kuang dari 6 kali sehari…. untuk ibu2 yang kat rumah.. kene sentiasa kasi direct breastfeed bila bersama dengan anak..
  • Tidak cukup rehat… terlalu penat yang melampau
  • masalah hormon dan kesihatan
  • penggunaan pil perancang (pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan.. sedangkan ibu2 memerlukan vitamin B utk produce susu)
  • Pengambilan pil antibiotik
  • Teknik pam yang salah / pam tak cekap…
  • Pemakanan yang tidak seimbang… suka makan fast food.. bla bla bla…

susu badan merudum

Ini antara sebahagian punca2 susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang.. barula kita cari jalan penyelesaian… kerana saya nak anda tahu alfalfa (also act as milk booster) bukan semata2 jalan penyelesaian kepada susu merudum… Saya nak ibu2 semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pum yang konsisten…  goodluck to all mothers out there…

KLIK: VITAMIN UNTUK TAMBAH SUSU BADAN

Shaklee Simpang AmpatYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

Vitamin C Terbaik

Vitamin C Terbaik

Antara ciri-ciri Vitamin C terbaik adalah Vitamin C yang bertindak secara Sustained Released (pelepasan masa) Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

vitamin c untuk putih

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi  500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan tubuh kita. Ianya sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu juga, vitamin C tersebut digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

shaklee_vita-c+sustained+release

KLIK: Vitamin C untuk kulit cerah

KLIK: 25 Kebaikan Vitamin C

Sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It’s made from all natural vitamin C sources (citrus fruits). Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang,  gusi, gigi dan juga struktur am badan, membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka, membina kalogen untuk kulit yang sihat, bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan dan meningkatkan penyerapan zat besi.

vitamin c untuk cerahkan kulit

Dah tahu Vitamin C yang terbaik adalah dari Shaklee, tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang….!!!!!!!!!!

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

 

Sebotol vitamin c Shaklee mengandungi 180 tablet. Harga sebotol RM92.50. Untuk harga istimewa, hubungi nombor di atas.

Vitamin C untuk kulit cerah

Vitamin C untuk mencerahkan kulit.

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit. Saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1.

vitamin c untuk putih

Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

Maka, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah, pengambilan Vitamin C adalah sangat-sangat penting.  Juga perlu diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara konsisten setiap hari.

KENAPA MESTI VITAMIN C SHAKLEE?

Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.

vit c

Perbezaan Vitamin C Shaklee ini BERBEZA dengan Vitamin C jenama lain?

  1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!

Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

shaklee_vita-c+sustained+release

  1. Vitamin C Shaklee bersifat ‘Sustained Release’/pelepasan masa

– Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti, setiap hari!

  1. 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

– Dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

vitamin c untuk cerahkan kulit

  1. Vitamin C Shaklee mengandungi “bioflavonoids”.

– Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.

Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

  1. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali! 100% natural.!

KLIK: 25 Kebaikan Vitamin C

Ingin dapatkan Produk Shaklee idaman anda? Hubungi saya:

Shaklee Bukit MertajamYusof Noor.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 995160]
017-5588289 | wgs3004@yahoo.com

 

Sebotol vitamin c Shaklee mengandungi 180 tablet. Harga sebotol RM92.50. Untuk harga istimewa, hubungi number di atas.

penapis air shaklee terbaik

Kepentingan minum air

Kepentingan minum air

  1. Pengurangan berat badan

Tahukah anda yang AIR adalah alat terbaik untuk menurunkan berat badan. Ianya dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti soda dan juice. AIR juga bertindak menekankan selera makan. Dikala anda berasa lapar, yang sebenarnya anda hanya haus..

  1. Kesihatan jantung

Minum air dalam kadar yang cukup dapat menurunkan risiko serangan penyait jantung….A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

  1. Tenaga

Kekeringan dlm bdn dapat menarik tenaga anda dan membuat anda letih…. If you’re thirsty, you’re already dehydrated — and this can lead to fatigue, muscle weakness, dizziness and other symptoms. 

4. Mengawal sakit kepala

Lain2 gejala kekurangan air adalah sakit kepala… Ada sebab lain punca2 kita sakit kepala tapi kekeringan/dehydration adalah salah satu punca atau penyebabnya.

kepentingan minum air

5. Kesihatan kulit

Orang kata minum air akan dpt membersihkan kulit dan membuat ianya berseri… Well…semua ni bukan dalam satu malam yer…. tapi cuba dalam seminggu ni consisten minum air..dan lihat kesan ke atas kulit anda…jeng jeng jeng…

  1. Masalah penghadaman

Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk mencerna makanan..Water can help cure stomach acid problems, and water along with fiber can cure constipation

  1. Mencuci

Yang ni semua orang tahu lah kan..yang air ni digunakan oleh badan untuk flush out all the toxin sampah sarap dari body kita ni..kan

  1. Mengurangkan risiko kanser

drinking a healthy amount of water has also been found to reduce the risk of colon cancer by 45%. Drinking lots of water can also reduce the risk of bladder cancer by 50% and potentially reduce the risk of breast cancer.

penapis air shaklee terbaik

  1. Senaman yang lebih baik

Kalau badan kita kekurangan air, ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti bersenam kita… semua jadi slow dan susah. Bersenam ni perlukan air tambahan..jadi make sure sebelum dan selepas bersenam tu.minum air yang mencukupi yer..

nah..sekarang dah tahu kepentingan air.maka kenelah pilih yang terbaik..

KLIK: Penapis air terbaik : murah, mudah, sihat, selamat

shaklee anak sembelit

Petua Anak Sembelit

Petua Anak Sembelit

Mengapa Terjadinya Sembelit?

Sembelit pada kanak-kanak sering terjadi akibat alahan pada susu yang disebabkan penghadaman yang tidak sempurna dan juga kekurangan air. Proses penghadaman yang lambat akan menyebabkan bahan kumuh semakin keras dan terjadinya sembelit.

shaklee anak sembelit

Rawatan

1- Galakkan Anak Minum Lebih Air

Cairkan sedikit bancuhan susu dengan harapan bahan kumuh itu akan lebih lembut. Anda juga boleh memberi air kosong sahaja jika anak anda sudah melebihi 6 bulan. Air yang diberi hendaklah suam sedikit, agar mudah untuk diminum.

2- Tukar Jenis Susu

Lain orang lain jugalah tahap penerimaan susu oleh badan masing-masing.

3- Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji

Proses penghadaman akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji yang tinggi dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menghasilkan bahan kumuh yang keras.

4- Lebihkan Makanan Berserat

shaklee parit buntar

Makanan yang tinggi serat seperti pisang, betik, epal, jagung serta sayur-sayuran hijau akan mempercepatkan proses penghadaman.

5- Beri Anak Ruang dan Masa

shaklee simpang amapt

Ketika proses penyahtinjaan, jangan menganggu fokus anak anda. Beri masa dan ruang untuknya bersendiri menghabiskan urusan. Sesetengan ibubapa akan memandang dengan kasihan pada anak tersebut, dan ianya juga suatu gangguan.

KLIK: CARA MUDAH MENANGANI MASALAH ANAK SEMBELIT

6- Bawak Anak Main Air Dalam Tandas

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi anak yang berdiri membantut proses penyahtinjaan yang berlaku. Salah satu cara untuk membantu anak anda dalam proses ini adalah dengan membuka terus lampin itu dan biarkan anak anda bermain air didalam gayung dalam kedudukan bercangkung didalam tandas. Tetapi perlu diingat, pastikan bilik air anda itu mesra-bayi dengan menyimpan apa sahaja yang tidak patut.

apam susu

Resepi Apam Susu Lazat

Assalamualaikum….
Kenal tak apam susu? Pernah makan? Sedap kan…?

Ha….. kalau tak pernah makan, buat la sendiri…. ringkas jer….

apam susu lazatDah la sedap, cantik pulak tu…..

Puji la diri sendiri kan… kalau tak sapa yang nak puji….

Resepi Apam Susu Lazat

4 biji telur gred B

1 cawan gula kastor

1 sudu ceh essen vanila

1 sudu ovalette

Kesemua bahan di atas dipukul hingga kembang

Kemudian masukkan 4 sudu susu pekat, pukut lagi

Kemudian masukkan 1 sudu teh baking powder dan 2 cawan tepung gandum yang diayak bersama…. pukul rata ja kat fasa ni… asingkan dalam beberapa bekas, warnakan, susun dalam dulang dan kukus 30-40 minit mengikut jenis acuan. Faham tak? Selamat mencuba…

apam susu

KLIK : BERSIHKAN HATI DENGAN DTX COMPLEX

asid tinggi dalam darah shaklee

Penyakit Akibat Berlebihan Protein

Penyakit Akibat Berlebihan Protein

Walaupun protein adalah penting untuk badan, tetapi tidak bererti mengambil protein dalam jumlah yang besar adalah sihat untuk badan. Rupa-rupanya, mengambil protein berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan, ia juga boleh menyebabkan penyakit.

Beberapa penyakit yang boleh disebabkan apabila berlebihan dengan protein ialah:

  1. Kegagalan Buah Pinggang

kegagalan-buah-pinggang shaklee

Protein yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang.  Berlebihan protein  akan membuatkan lebih banyak buah pinggang perlu bekerja untuk menghilangkan semua nitrogen yang berlebihan di dalam badan dan akhirnya membuat kegagalan buah pinggang.

Selain itu, jika ini berlaku, ia akan menyebabkan kandungan urea yang tinggi, yang boleh menyebabkan masalah asid urik.

Ciri-ciri:

  • Kepala terasa pening ia sukar untuk menumpukan perhatian
  • Rasa ruam dan gatal pada badan
  • Rasa sejuk pada badan
  • Mengalami sesak nafas
  • Rasa sakit di kawasan sekitar pinggang
  1. Peningkatan asid dalam darah

asid tinggi dalam darah shaklee

Pengasidan darah boleh berlaku disebabkan oleh protein yang berlebihan juga disertai oleh kehilangan elektron. Penyakit ini juga boleh membuat sistem imun badan menjadi lemah sehingga tubuh akan terdedah kepada penyakit dan sukar untuk diubati.

  1. Osteoporosis

Osteoporosis shaklee

Pengambilan protein yang berlebihan didapati menyebabkan kalsium berkurangan. Jika ini berlaku, badan boleh mengambil kalsium dari tulang dan gigi supaya keseimbangan badan dapat dikekalkan. Walau bagaimanapun, walaupun badan itu mempunyai banyak kalsium dalam badan, tetapi badan adalah sukar untuk menyerap sebatian yang boleh membentuk kalsium fosfat. Oleh itu, kekurangan kalsium yang diserap dengan keputusan badan dalam seseorang terdedah kepada osteoporosis.

Ciri-ciri:

  • Ketinggian tubuh berkurangan.
  • Sering mengalami sakit di sekitar belakang secara tiba-tiba.
  • Tulang menjadi rapuh atau mudah patah.
  • Mengalami perubahan struktur bentuk badan

Penyakit akibat berlebihan protein tentu saja boleh terjadi pada siapa saja. Seharusnya kita perlu berwaspada dengan mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan pastikan nutrisi protein ini seimbang untuk keperluan tubuh anda. KLIK: Kebaikan Dan Keburukan Energising Soy Protein

apathy shaklee

Penyakit Akibat Kekurangan Protein

Penyakit Akibat Kekurangan Protein

Protein merupakan unsur penting yang mampu menyokong pertumbuhan dan dapat memelihara keseimbangan tubuh. Pada tahun 1838, protein dijumpai oleh Jons Jakob Berzelius yang hingga saat ini sering diteliti oleh para ilmuan. Protein sendiri merupakan komponen sebatian organik yang terdiri daripada sulfur, hidrogen, fosforus, nitrogen, oksigen dan asid amino yang sangat penting. Unsur-unsur ini kerap ditemui dalam makanan yang mengandungi protein.

Fungsi lain yang dijumpai pada protein adalah:

  • Sebagai enzim yang mampu mempercepatkan tindak balas biologi
  • Pembentukan sel darah merah
  • Menyeimbangkan metabolisme tubuh
  • Pembentukan sistem imun
  • Meneutralkan bahan-bahan asing yang masuk ke dalam tubuh
  • Penyembuh luka sehingga dapat membina semula sel, utamanya pada kulit
  • Mengimbangi asid dan alkali – mampu menstabilkan ph cecair pada tubuh
  • Membentuk otot yang membantu perkembangan pada kanak-kanak dan remaja

Disebabkan protein mempunyai banyak fungsi yang sangat penting bagi tubuh, maka tentu saja tubuh akan terdedah terhadap penyakit akibat kekurangan protein antaranya:

  1. Marasmus

marasmus

Marasmus merupakan bentuk kekurangan gizi buruk, yang paling banyak dihidap oleh bayi di bawah 12 bulan. Ianya boleh berlaku kerana kekurangan protein yang sering disertai dengan gejala kekurangan karbohidrat

Ciri-ciri:

  • Berat badan kurang dari 60% dari berat badan yang sepatutnya.
  • Suhu badan menjadi rendah.
  • Kulit melonggar dan mengkerut sehingga Nampak bentuk tulang.
  • Berwajah bujur dan kelihatan lebih tua.
  • Perut berbentuk cekung yang biasa disertai dengan cirit-birit.
  • Kehilangan nafsu makan.
  1. Kwashiorkor

Kwashiorkor shaklee

Berbeza dengan marasmus, penyakit ini paling banyak dijumpai pada anak-anak usia 1 hingga 3 tahun. Jika pada marasmus tubuh penderitanya cenderung kurus, pada kwashiorkor pula penampilan pesakit kelihatan normal. Walaupun begitu, perlu berwaspasa kepada penyakit ini, kerana akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak akan terbantut bahkan boleh mengalami kecacatan mental, seperti ADHD pada kanak-kanak.

Ciri-ciri:

  • Mengalami keletihan yang tinggi
  • Terjadi pembengkakan pada perut, belakang  kaki dan tangan
  • Sering mengalami cirit-birit
  • Berwajah bulat
  • Pandangan mata sayu
  • Rambut menjadi kusam, tipis hingga kemerahan dan mudah dicabut
  • Kehilangan nafsu makan.
  • Hati berlemak dan membesar
  • Kekeringan pada kulit sehingga bersisik dan pecah-pecah
  • Luka sukar untuk sembuh
  • Sering disertai dengan jangkitan yang akut
  • Anemia dan xeroftalmia
  1. Cachexia

cachexia shaklee

Cachexia merupakan penyakit yang menyerang seseorang akibat kekurangan protein. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, penyakit ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, penyakit kanser, kegagalan buah pinggang, penyakit berjangkit, bahkan kematian apabila tidak ditangani dengan baik.

Ciri-ciri:

  • Kerap merasa lelah.
  • Otot rangka menyusut.
  • Terjadinya degradasi protein.
  • Berat badan menurun secara yang melampau.
  1. Kegagalan Hati

Merupakan penyakit yang menyebabkan kerosakan dan kehilangan fungsi hati akibat ketidakupayaan sel hati untuk tumbuh semula. Ini juga merupakan penyakit akibat kekurangan protein.

Ciri-ciri:

  • Merasa mual
  • Hilang nafsu makan
  • Sering rasa lelah
  • Kulit dan mata kekuningan jika telah mencapai tahap akut
  • Bengkak pada perut
  • Mengalami cirit-birit
  • Mudah lebam dan berdarah
  1. Apathy (Sikap tidak peduli)

apathy shaklee

Definisi dari sifat tidak mementingkan iaitu suatu keadaan yang menyebabkan emosi menjadi tumpul. Kesan penyakit akibat kekurangan protein ini, boleh mempengaruhi tingkah laku dan fungsi kognitif. Biasanya, apati sering disertai dengan kemurungan. Namun, kedua-dua perkara ini berbeza. Jika kemurungan berupa gangguan emosi, maka sifat tidak peduli berupa gangguan motivasi.

Ciri-ciri:

  • Kurangnya usaha sehingga sering bergantung pada orang lain
  • Tidak ada keinginan untuk belajar hal-hal baru
  • Kurang peduli terhadap masalah
  • Turun naik emosi tidak terjadi
  • Kurangnya respon terhadap suatu peristiwa atau kejadian
  1. Edema

edema shaklee

Penyakit edema ini penyakit kekurangan protein yang paling kerap dialami manusia. Jika darah yang mengalir pada tubuh tidak mempunyai protein yang cukup, maka seseorang boleh mengalami gejala tekanan darah rendah sehingga mudah pening, lemah dan sukar melakukan aktiviti.

Akibatnya, genre darah yang tidak mengandungi protein dapat membentuk jaringan pada sekitar pembuluh darah yang mirip dengan gumpalan air. Rangkaian inilah yang biasa disebut sebagai edema.

Ciri-ciri:

  • Bengkak pada kulit dan kadang terasa kenyal
  • Kadang-kadang disertai rasa sakit atau tidak
  • Kadang-kadang  disertai demam atau tidak
  1. Rambut Gugur

rambut-gugur-shaklee

Rambut yang gugur secara tidak normal boleh berlaku akibat badan kekurangan protein. Apabila beratus-ratus helai rambut mengalami keguguran tiap harinya, maka ini merupakan tanda bahawa seseorang sedang mengalami penyakit rambut gugur. Hal ini tentu saja tidak boleh dianggap remeh, sebab lama-kelamaan boleh membuat kepala menjadi botak, malahan rambut sukar untuk tumbuh kembali.

Ciri-ciri:

  • Rambut mudah putus semasa menyikat
  • Banyak rambut gugur semasa bangun tidur
  • Banyak rambut yang melekat pada pakaian (seperti tudung)
  1. Gangguan Otak

gangguan otak shaklee

Otak merupakan pusat saraf manusia agar dapat berfikir serta mampu menggerakkan tubuh. Jika seseorang kekurangan protein, maka kelajuan berfikir orang tersebut akan menjadi rendah bahkan sehingga boleh mengakibatkan gangguan yang parah, seperti kurangnya kelajuan motor, mudah stress atau kemurungan, dan lain-lain.

  1. Penyakit Jantung

jantung shaklee

Jantung yang berdegup dalam tubuh manusia semestinya sangat memerlukan protein. Sebab, jika tubuh seseorang kekurangan protein, maka denyutan jantung yang boleh dihasilkan sangat rendah iaitu dibawah 60 kali denyutan dalam satu minit.

Ciri-ciri:

  • Sering mengalami sesak nafas
  • Biasa mengalami gejala batuk
  • Nafsu makan menjadi berkurang
  • Mudah lelah atau lemah
  1. Keletihan

keletihan shaklee

Tubuh yang sering mengalami keletihan merupakan salah satu tanda bahawa seseorang kekurangan protein. Jika protein ini tidak cukup untuk tubuh, maka jaringan otot yang mengalami keletihan boleh rosak sehingga tidak dapat melakukan regenerasi. Gejala yang mungkin timbul oleh keletihan adalah seperti kejang, rheumatik dan lain-lain.

Ciri-ciri:

  • Mudah merasa resah.
  • Sering jatuh tertidur ketika sedang duduk atau ketika melakukan aktiviti.
  • Merasa kurang keseimbangan pada tubuh.
  • Mudah marah.
  • Sukar menumpukan perhatian.

Penyakit akibat kekurangan protein tentu saja boleh terjadi pada siapa saja. Seharusnya kita perlu berwaspada dengan mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan pastikan nutrisi protein ini mencukupi untuk keperluan tubuh anda. KLIK: kebaikan dan keburukan energising soy protein

bahaya kafein

20 Bahaya Kafein Pada Tubuh

Kafein mempunyai beberapa kesan sampingan pada tubuh.. Kafein merupakan sebuah zat stimulant yang dapat merangsang sistem saraf pusat. Mengambil kafein akan membuat kita secara serta merasa lebih bertenaga bahkan menghilangkan rasa mengantuk.

kopi shaklee

Kadar kafein yang disyorkan

Jumlah pengambilan kafein yang wajar untuk orang dewasa adalah sekitar 400 miligram untuk setiap harinya. Pada takaran tersebut, kafein sebenarnya masih selamat bagi tubuh. Pengambilan kafein dengan kuantiti yang berlebihan akan membuat anda mengalami beberapa kesan sampingan pada kesihatan tubuh anda iaitu:

1- Mencetuskan Sakit Kepala

Kajian membuktikan bahawa kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang sangat berkaitan. Anda mungkin pernah mencari komposisi kafein pada ubat sakit kepala. Ya, memang kafein dalam jumlah tertentu dapat membantu menghilangkan sakit kepala. Namun, perlu diketahui juga bahawa kafein dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala.

sakit-kepala

Jika anda adalah seorang penggemar kopi, yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi kafein, dan tiba – tiba berhenti dan tidak mengambil kopi lagi, anda juga boleh mengalami sakit kepala.

2- Menimbulkan Perasaan Was – Was dan Cemas

Kesan sampingan kafein seperti was – was atau cemas mungkin tidak dialami bagi sesetengah orang. Tetapi bagi beberapa orang lain seperti mereka yang jarang mengambil kafein berkemungkinan lebih tinggi mengalami kesan sampingan seperti ini.

3- Menyebabkan Gangguan Tidur

Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, kafein ini merupakan suatu zat yang dapat merangsang sistem saraf pusat kita. Mengambil kafein dalam jumlah banyak akan membuat seseorang suka untuk tidur atau biasa disebut dengan insomnia.

4- Menyebabkan Ketagihan Kafein

Bagi mereka yang sudah sering mengambil kafein, tidak mustahil mereka akan mengalami ketagihan terhadap kafein. Ketagihan kafein boleh ditandai dengan munculnya gejala seperti pening, mengantuk, cemas dan cepat marah. Pada beberapa orang, gejala ketagihan boleh ditandai dengan badan yang gemetar.

5- Menyebabkan Berlebihan Kafein

overdos kafein

Pengambilan kafein secara berlebihan  juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, maupun sering buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.

6- Mengakibatkan Masalah Pencernaan

Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Keadaan demikian boleh membuat kita merasa memulas atau sakit perut dan mungkin cirit-birit.

7- Menyebabkan Haus Berlebihan

Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu jika anda mengambil kafein sebelum bersenam, dikhuatiri tubuh akan kekurangan banyak cecair badan dan dehidrasi.

bahaya kafein

8- Meningkatkan Tekanan Darah

Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Bahkan dalam jangka waktu lebih kurang satu jam, kafein mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah kita. Dalam jangka masa tersebut atau bahkan lebih cepat, kafein boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Inilah sebab mengapa kopi adalah salah satu jenis makanan penyebab darah tinggi naik dengan cepat.

9- Menyebabkan Osteoporosis

Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh membawa pada keadaan tulang reput atau osteoporosis.

10- Degupan Jantung Bayi Lebih Cepat

Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein mungkin perlu dikurangkan. Kafein yang masuk ke dalam tubuh, masuk ke dalam aliran darah dan masuk ke plasenta. Dalam keadaan seperti ini, janin juga turut mengambil kafein tersebut melalui plasenta. Kafein yang masuk ke dalam tubuh janin tersebut boleh mengakibatkan degupan jantung janin menjadi tidak teratur dan lebih cepat ritmanya.

11- Meningkatkan Risiko Keguguran

Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh sangat buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Dan hal tersebut boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mengarah pada keadaan keguguran.

12- Menyebabkan Sukar Hamil

Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.

13- Meningkatkan Risiko Gout

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa orang – orang yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung lebih mudah terkena penyakit gout.

14- Menyebabkan Sering Buang Air Kecil

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan. Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.

15- Menyebabkan Gejala vasomotor

vasomotor

Kafein yang diambil oleh wanita boleh menimbulkan gejala vasomotor atau vasomotor symptom. Gejala ini boleh menyerang wanita yang mengalami menopause. Dan gejala tersebut mungkin memburukkan keadaan menopause wanita.

Penting! Kesan Kafein Yang Mematikan

Selain beberapa kesan sampingan dari kafein yang sudah dijelaskan di atas, ada beberapa kesan sampingan lain yang penting untuk diketahui:

16-Penyakit jantung

17-Meningkatkan kolesterol jahat atau LDL di dalam tubuh

18-Menyebabkan penyakit sendi

19-Meningkatkan risiko stroke

20-Merosakkan pembuluh darah

Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan yang boleh ditimbulkan oleh kafein, ada baiknya mulai saat ini kita mengurangkan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti cola, teh, minuman ringan, minuman bergas dan kopi boleh membantu kita mengurangkan risiko terkena pelbagai kesan sampingan kafein. Bagi orang – orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.

Klik: kelebihan b-complex (manfaat vitamin b-complex untuk semua)