shaklee anak sembelit

Petua Anak Sembelit

Petua Anak Sembelit

Mengapa Terjadinya Sembelit?

Sembelit pada kanak-kanak sering terjadi akibat alahan pada susu yang disebabkan penghadaman yang tidak sempurna dan juga kekurangan air. Proses penghadaman yang lambat akan menyebabkan bahan kumuh semakin keras dan terjadinya sembelit.

shaklee anak sembelit

Rawatan

1- Galakkan Anak Minum Lebih Air

Cairkan sedikit bancuhan susu dengan harapan bahan kumuh itu akan lebih lembut. Anda juga boleh memberi air kosong sahaja jika anak anda sudah melebihi 6 bulan. Air yang diberi hendaklah suam sedikit, agar mudah untuk diminum.

2- Tukar Jenis Susu

Lain orang lain jugalah tahap penerimaan susu oleh badan masing-masing.

3- Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji

Proses penghadaman akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji yang tinggi dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menghasilkan bahan kumuh yang keras.

4- Lebihkan Makanan Berserat

shaklee parit buntar

Makanan yang tinggi serat seperti pisang, betik, epal, jagung serta sayur-sayuran hijau akan mempercepatkan proses penghadaman.

5- Beri Anak Ruang dan Masa

shaklee simpang amapt

Ketika proses penyahtinjaan, jangan menganggu fokus anak anda. Beri masa dan ruang untuknya bersendiri menghabiskan urusan. Sesetengan ibubapa akan memandang dengan kasihan pada anak tersebut, dan ianya juga suatu gangguan.

KLIK: CARA MUDAH MENANGANI MASALAH ANAK SEMBELIT

6- Bawak Anak Main Air Dalam Tandas

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi anak yang berdiri membantut proses penyahtinjaan yang berlaku. Salah satu cara untuk membantu anak anda dalam proses ini adalah dengan membuka terus lampin itu dan biarkan anak anda bermain air didalam gayung dalam kedudukan bercangkung didalam tandas. Tetapi perlu diingat, pastikan bilik air anda itu mesra-bayi dengan menyimpan apa sahaja yang tidak patut.